Resepi Simple, Senang & Jimat Asam Pedas Ikan Kembong

Hello,

Weekend2 ni rajin nak memasak and housemates craving nak makan asam pedas and the only ikan in stock adalah ikan kembong. Boleh lah dari takda. And this recipe is dedicated for G5 yang mengidam asam pedas especially si ibu yg buyong Ayu Ketum. Haha



Bahan-bahan:
Bahan A
Cili Kering -  15 tangkai
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 2 cm
Belacan - agak2 sikit je

Bahan B 
Ikan kembong - 4 ekor
Kacang Bendi
Tomato
Daun Kesum
Bunga Kantan
Air Asam Jawa
Minyak untuk menumis
Garam, dan gula secukup nya.

Cara-cara:
  1. Rebus cili kering dan toskan untuk buang biji cili tu. Potong bawang besar, bawang putih, halia dan masukkan semua Bahan A dalam blender dan blend halus okay. 
  2. Panskan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan yang blend tadi dan tunggu sampai pes tu naik minyak ye. Api perlahan je. 
  3. Dah naik minyak bolehlah masukkan air asam jawa dan tunggu mendidih. 
  4. Lepas mendidih masukkan daun kesum, bunga kantan, kacang bendi seterusnya masukkan ikan. 
  5. Masukkan garam dan gula secukupnya dan akhir sekali masukkan tomato. Dah siap boleh lah hidangkan dan makan.  
Simple je kan nak masak asam pedas. And not even use high budget. Don't forget to try out this recipe.

Till then,
Efa