Resepi Pancake Simple dan Sedap!

Hello hello helloo semua.

Mesti terkinja-kinja tunggu iols update resepi pancake kat sini kan? Haha

Perasan giloss!

Seronoknya nak menaip dikala cuaca mendung kat luar dengan angin sepoi-sepoi. Korang nak dgr ke aku bebel2 ni?

Lupa pulak! Pancake aku ni dicecah dgn chocolate sauce. So, kalau korang nak guna maple syrup ke, madu ke, jem buah-buahan ke, terpulang okay. Ikut selera masing-masing.

Let's go through to the recipe now!

Resepi Pancake:

Bahan-bahan 

(Pancake)
1 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk (tak kisahlah nak full cream/low fat)
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu gula
2 sudu butter (dicairkan)
Secubit garam

(Chocolate sauce)
Cooking chocolate
1 cawan fresh milk


Cara-cara:

1. Cairkan 2 sudu butter dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan sebiji telur dan 1 cawan fresh milk. Pukul lah sampai sebati. Penggunaan food processor atau hand mixer amat digalakkan. Aku guna food processor je. Kalau takde, guna jelah whisk tu. Kalau takde jugak, garfu ada kan?

2. Dalam mangkuk lain, campurkan 1 cawan tepung gandum, secubit garam dan 1 sudu kecil baking powder dan gaulkan. Seterusnya boleh campurkan sekali ke dalam adunan telur, susu dan butter tadi. Masukkan 2 sudu gula.

3. Kacau hingga sebati dan takde tepung berketul-ketul ye. Dah siap, tinggalkan sekejap dalam 15 minit. Haa sementara ni bolehlah korang sediakan chocolate sauce untuk dimakan bersama pancake ni.

4. Caranya, masukkan 1 cawan fresh milk dan tunggu hingga mendidih. Api slow je sampai dia blup blup gituuu. Pastu masukkan cooking chocolate and kacau hingga larut. Dah siap tu masukkan dalam mangkul comel2 korang tuu. Kepekatan sos tu bergantung kepada kuantiti coklat yg korang guna. Lagi banyak coklat lagi lah pekat sos tersebut.

5. Okay berbalik kepada adunan pancake, kacau sikit adunan tu sebelum dimasak sebab dia tgh mengembang dek kerana baking powder. Panaskan non-stick pan ke medium heat, dan letak lah adunan atas pan tersebut dalam 2-3 sudu. Untuk pastikan bahagian bawah dah mask, korang akan nampak permukaan atas pancake tu mcm ada bubble2 taw. Ala-ala kawah di bulan tu. Lepastu, korang terbalikkan lah pancake tu. Tunggu sampai masak eh. Make sure dua-dua bahagian evenly brown taw.

6. Then, angkatlah masukkan dalam pinggan. Buatlah plating apa pun okay sebab akhirnya plating tu akan ke perut jugak.

Dah penat-penat bagi resepi, kenalah tunjuk pancake aku buat semalam.

Tadaaaaaaaa

Snap picture macam ni pulak. Cliche sangat pancake layer macam yg orang lain post tu kan. 
A friend of mine tanya, coklat kat atas pancake tu tulisan cina ke? And I was like.. erkk?? Tu campak je coklat actually. Feeling2 pulak plating pancake tu.

Jangan lupa cuba resepi yg senang yang amat ni. Pejam mata buat hokay! Haha


Till then...


1 comment:

  1. Tak sabar nak cuba resepi sis ni nampak mudah dan cepat dimasak hehe

    ReplyDelete