Cameron Highland

Weeehoooo

It's Cameron Highland people!

Cewah mengada nak fefeeling mcm baru pergi padahal baru nak update. Actually, first time ni aku dan adik-beradik jejak kaki kat tanah tinggi Cameron. Mom and dad are excluded as first timer sebab pernah pergi zaman diorang cinta cintun dulu.

Dah lama berniat nak pergi tapi tahun ni jugak baru hasrat tu kesampaian. Kitorang pergi pada 6 Oktober bersamaan 11 Zulhijjah iaitu pada Hari Raya Haji. Tak sleepover kat sana pun sebab last minute plan and most of the hotels fully booked. Alahh doesn't matter lah sebab bukan jauh mana pun. Dalam dua jam perjalanan je tu pun sebab naik dari Simpang Pulai. Ramai yang kata kalau naik dari Tapah lebih cepat tapi jalan dia na'uzubillah sempit dan penuh liku-liku serta onak dan ranjau. So, why nak susah pening muntah bagai kalau ada alternatif lain kan. Pergi ikut Simpang Pulai, balik pun ikut Simpang Pulai. I prefer to have a long journey rather than a complicated one. Huhh

Tagunaa adik aku ambik gambar pun sekerat-sekerat
Paling menarik kat sini adalah Lavender Garden dia yg Subhanallah super cantik. Mom is the happiest one since she loves lavender soooooo much. kalau boleh semua benda kat rumah nak ada bau lavender dari bilik tidur dia hingga lah ke toilet. Nasib baik takde spray nyamuk yg bau lavender. Apa aku merepek pepanjang ni? 

Post kali ni maybe korang agak annoyed sebab banyak sgt gambar. Peduli hape kan? Ini blog siapa? (emo tetiba). Layanzz jelah gambar2 ni uolss. Toong jangan benci diri ini. 


Candid sangat. Feeling2 retizz



















Selain tu, kitorang bawa bekal sendiri nak ke Cameron tu. Gigih! Sebab Kakwa kata most of the food kat situ mahal-mahal belaka and beliau menasihati utk bawak bekalan sendiri. Pepagi buta mak aku dah masak. Kitorang makan kat depan masjid lepas solat Zohor. Nak puji lah masjid tu sebab sediakan khemah dan kerusi serta meja panjang untuk pelancong rehat sambil makan-makan. Dalam pukul 4 jugak lah kitorang lunch. Tu pun sebab pagi tu breakfast kat mamak di Pekan Brinchang. Sampai2 terus breakfast. 

Rebut-rebut teh tarik

Benda wajib beli kalau pegi Cameron of course lah STRAWBERRY! Aku tak snap gambar pun strawberry tu. Lepas tu, aku dgn adik-adik beli bantal strawberry untuk dijadikan bantal busuk kat rumah. Pun tak ambil gambar. Lepas tu my mom of course le borong sayur-sayuran. Macam-macam sayur lah dibelinya. 

Niat asal nya nak jalan-jalan sambil membeli kat Kea Farm. Tapi punya lah ramai umat manusia mentang2 time tu raya haji so semua pakat pergi Cameron. Yang sempat beli fridge magnet tu je. Boleh lahhhhhh. 

Petang dlm pukul 5 kitorang gerak lah balik. Orang kata buat syarat jejak kaki kat Cameron so tak lah jakun sangat bila orang sembang-sembang nanti. 

Okay Bye!

No comments:

Post a Comment