Resepi Sweet Potato and Carrot Soup

Hari tu kita bawa food pergi office. Padahal food is not allowed in the office. I'm not trying to break the law. It just....hmmmm*no reason*. Actually, nak bagi officemates rasa and their feedback pun okay lah. Semua kata sedap! *terkinja-kinja*. So, kita nak share lah resepi ni dengan awak-awak semua. Sharing is caring KADANG-KADANG. Certain benda like assignments makes me  "I'm not a caring person so I won't share!". Cehh taklah sekejam tu. Panjang pulak menjemah jom tgk resepi ni dulu okay.





Bahan-bahan:
1 biji ubi keledek (potong dadu)
1 btg carrot (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu kecil lada hitam (kalau sebijik2 tu blend atau tumbuk)
1 1/2 kiub ayam (kita guna Knorr)
Garam
Daun parsley
Air
Minyak untuk tumis

Cara memasak:
1. Masukkan minyak. Dalam sesudu cukup tak elok letak byk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan warna kekuningan.

2. Seterusnya, masukkan ubi keledek, carrot, dan kentang yg dah dipotong dadu. Seeloknya potong nipis atau kecil-kecil bagi mempercepatkan proses memasak.

3. Lepas tu, masukkan air agak-agak tenggelam semua keledek, kentang dan carrot. Ini proses nak lembutkan bahan2 tadi. Pasal air ni jgn risau sgt sebab kalau sup ni beku kita bole adjust air ni at the end of cooking process. Kalau letak air byk sgt takut cair pulak sup nya. Jangan lupa masukkan lada hitam dan kiub ayam tadi okay.

4. Sampai dah lembut keledek, kentang dan carrot masukkan semua bahan tu ke dalam blender atau food processor. Blender sampai betul2 hancur ye.

5. Dah confirm halus, masukkan semula dalam periuk or kuali yg korang guna tadi dan nyalakan api serta masukkan sedikit garam dan daun parsley. Time ni lah nak adjust tahap kepekatan kuah tu mengikut citarasa korang. Kalau nak pekat tak perlu tambah air dan kalau nak cair sikit bolehlah tambahkan air. Simple kan kan kan?? Lepas tu boleh lah serve dlm mangkuk.


Kebiasaannya, orang suka makan sup ni bersama garlic bread dan roti bakar. Don't forget to try this out okay. Simple, sedap dan tak memerlukan bajet yg tinggi serta mengenyangkan of course.

*Tips*
Bagi yg masih tertanya tanya saiz keledek, meh saya persembahkan *gambar ehsan google*.....



Saiz sweet potato mcm ni kira just nice lah okay. 




Makan dgn roti je tak sempat nak buat garlic bread


Try it out okay!!

No comments:

Post a Comment